Translate

Thursday 15 August 2013

Mengasingkan Biji Benih

Trinidad Scorpion akan menjadi 'mangsa pembedahan' untuk mengeluarkan biji benih.

Proses 'pembedahan' dijalankan dengan cermat dan teliti terhadap lebih 20 biji cili Trinidad Scorpion. Walaupun mengenakan sarung tangan plastik sebagai perlindungan, haba daripada cili tersebut tetap menembusi sarung tangan sehingga ke kulit. Akibatnya, sehari semalaman tangan berasa pijar.

Setelah selesai proses pengasingan, semua biji benih dibalut dengan kertas tisu dan dibiarkan semalaman sebelum dijemur sehingga kering.

Biji benih yang siap dikeringkan dan telah ready untuk disemai.

Trinidad Scorpion Butch T


Ini merupakan baka baru yang telah saya dapat. Cili ini berkali ganda pedasnya berbanding habanero. Ia tergolong dalam keluarga yang sama dengan cili terpedas di dunia Trinidad Moruga Scorpion. Skala kepedasannya melebihi 1 juta scoville heat unit. Sewaktu saya menyemai benih cili ini dahulu, saya menggunakan medium Holland Peat Moss, dalam masa 7 hari sahaja biji benih sudah bercambah.



Perfect 'scorpion stinger tail'. Ia mendapat nama 'scorpion' disebabkan hujungnya yang berbentuk seperti ekor kala jengking. Ia amat berbeza sekali bentuknya berbanding habanero yang bentuknya seperti buah strawberi. Tidak semua buah cili ini mempunyai 'scorpion stinger tail' tetapi tahap kepedasannya tetap sama.






Update cubaan kedua

Sudah terlalu lama saya tidak update blog ini kerana terdapat sedikit masalah teknikal dengan akaun blogger. Ok, cubaan kedua saya segalaya berjalan dengan baik. Pokok-pokok habanero sebenarnya sudah tidak putus-putus mengeluarkan hasil sejak bulan Jun yang lalu. Kesimpulannya ia mengambil masa lebih kurang 4-5 bulan dari mula ia disemai sehingga matang sepenuhnya.




 (Gambar atas dan bawah) Pokok ini hanya setinggi 1.5 kaki kerana saya telah mengenakan 'pruning' dan 'topping' berulang kali. Hasilnya memang menggalakkan.





 (gambar atas dan bawah) 2 pokok lama. Setelah 3 musim ia mengeluarkan hasil, dahan-dahan terpaksa dicantas (pruning) untuk hasil yang lebih banyak untuk musim seterusnya