Translate

Wednesday, 30 April 2014

(SOLD OUT)*RARE* Extremely Hot! Benih Cili RED SAVINA HABANERO untuk dijual.(SOLD OUT)


Salam semua. Berita baik untuk para penggemar cili serta mereka yang gemar bercucuk tanam. Di sini saya ada menawarkan jualan biji benih cili yang JARANG-JARANG dijumpai di Malaysia. Ia bukan cili Geronong @ cili Sarawak yang dari Sarawak tu. Ia adalah dari jenis Red Savina Habanero. (580,000 scoville heat units) Saya pernah test makan cili Geronong dari Sarawak tu tetapi memang tak boleh lawan Red Savina ni punya pedas

Item                        : 1 pek biji benih
Kandungan           : 25+ biji
Harga                     : RM15.00
Kos penghantaran: Percuma (Pos Biasa) / (Pos Laju WM- RM6 / EM- RM10)

Semua biji benih telah sedia untuk disemai. Tempoh masa untuk bercambah  1 hingga 4 minggu.
Berminat boleh buat pembayaran melalui akaun

 Maybank: 1060 5311 8107 (Muhammad Nazri)

Sila sertakan alamat emel saya sewaktu transaksi melalui MB2U (nazihan99@yahoo.com)

Kemudian hantarkan pesanan melalui WhatsApp 012-5059030 dan nyatakan maklumat berikut:
1. Butiran bayaran 
2. Maklumat tempahan 
3. Nama dan alamat.

* Payment yang dibuat sebelum pukul 1.00 pm, kiriman akan dipos pada hari yang sama, jika sebaliknya kiriman akan dipos pada keesokan harinya)


https://www.paypal.com
INTERNATIONAL BUYERS ARE WELCOME 
 USD5.00 including shipping cost (Standard International Air Mail). You can make a transaction via PayPal to: nazri99@gmail.com then email me about your purchasing details and address.

(SOLD OUT) *RARE* Extremely Hot! Benih Cili TRINIDAD SCORPION (SOLD OUT)

Salam semua. Satu lagi benih cili yang amat JARANG dijumpai di Malaysia. Extremely Hot!! Baka dari Trinidad n Tobago ini memang teramat pedas. Awas!! Jauhi daripada kanak-kanak. (1.5 juta scoville heat units). Cepat sementara stok masih ada.

Item              : 1 pek biji benih.
Kandungan  : 20+ biji
Harga           : RM15.00
Kos Penghantaran: Percuma (Pos Biasa) / (Pos Laju WM- RM6 / EM- RM10 )

Semua biji benih telah sedia untuk disemai. Tempoh masa untuk bercambah  1 hingga 4 minggu. (Feedback yang diterima daripada para pembeli 7-10 hari masa bercambah)
Berminat boleh buat pembayaran melalui akaun  
Maybank: 1060 5311 8107 (Muhammad Nazri)

Sila sertakan alamat emel saya sewaktu transaksi melalui MB2U (nazihan99@yahoo.com)


Kemudian hantarkan pesanan melalui WhatsApp  012-5059030 dan nyatakan maklumat berikut:
1. Butiran bayaran 
2. Maklumat tempahan 
3. Nama dan alamat.

* Payment yang dibuat sebelum pukul 1.00pm, kiriman akan dipos pada hari yang sama, jika sebaliknya kiriman akan dipos pada keesokan harinya)


https://www.paypal.com
INTERNATIONAL BUYERS ARE WELCOME 
 USD5.00 including shipping cost (Standard International Air Mail). You can make a transaction via PayPal to: nazri99@gmail.com then email me about your purchasing details and address.

Tuesday, 29 April 2014

(SOLD OUT) *RARE* Habanero Flakes (SOLD OUT)


Berita baik untuk para penggemar makanan pedas. Kepingan halus cili Habanero yang telah dikeringkan sesuai untuk semua jenis masakan. Hanya taburkan sedikit ke dalam makanan kegemaran anda seperti sup, tomyam, pizza dan sebagainya dan rasailah kehangatan ledakannya.
Peringatan! Pedas menyengat...
Ianya dihasilkan 100% daripada cili Habanero segar tanpa sebarang bahan tambahan.
Cubalah sekarang.
RM10 sepeket = 10 gram 

Setiap tempahan hanya akan dihantar menggunakan khidmat Pos Laju sahaja.
Semenanjung RM6.00 / Sabah & Sarawak RM10.00
Maybank: 1060 5311 8107 (Muhammad Nazri)
(Catatkan emel saya nazihan99@yahoo.com sewaktu transaksi menggunakan MB2U)

Kemudian hantarkan pesanan melalui WhatsApp 012-5059030 
1. Butiran tempahan 
2. Butiran transaksi
3. Nama dan alamat




Thursday, 19 December 2013

Trinidad Moruga Scorpion

Ia merupakan cili TERPEDAS di dunia dengan skala kepedasannya melebihi 2 juta Scoville Heat Unit (SHU). Untuk perbandingan; cili api / cili padi / cili burung yang amat famous di negara kita ini skala kepedasannya hanyalah 50k - 100k SHU sahaja.

Moruga Scorpion yang belum matang sepenuhnya. Ketika matang warnanya oren terang.
(Ini merupakan baka daripada variasi oren)


Pokok ini saya tanam dalam raised bed. Ia rendah dan membentuk kanopi di bahagian atas.


Dahulu ia berjiran dengan Trinidad Scorpion, sekarang saya terpaksa pindahkan
jirannya itu untuk memberi lebih ruang kepada Moruga Scorpion.


Cabang kanan agak kecil sedikit berbanding sebelah kiri.
Pada peringkat ini saya sentiasa alihkan kedudukan pasu agar cabang kanan akan
sentiasa mendapat lebih banyak sinaran matahari supaya ia akan membesar sekata.
Jika tidak dialihkan, hanya satu cabang sahaja yang akan cepat membesar.


Ini satu-satunya pokok Moruga Scorpion yang masih mempunyai 1 batang utama.
 Saya akan 'topping' sebaik sahaja ia mula mengeluarkan bunga.


Pokok ini sudah pulih sepenuhnya daripada kesan serangan hamama.
 Daun baharu kembali normal pada kedua-dua cabang. Anda masih boleh nampak daun lama yang mempunyai kesan kerekot ke bawah. Dahulu ketika ia masih di peringkat pucuk, jika ia tidak dipulihkan, warnanya seakan perak dan keras, lama kelamaan ia pasti akan gugur.


Kelihatan cabang kiri sudah hampir sama ketinggiannya dengan kanan.
Dahulu ia jauh lebih kecil dan rendah berbanding kembarnya.




Thursday, 7 November 2013

Updated Gallery



 Trinidad Scorpion. Gayut jangan tak gayut....


 Trinidad Scorpion. Jangan main - main dengan cili ini.
Pedasnya umpama makan kala jengking hidup-hidup :-)


 Trinidad Scorpion


 Habanero


 Habanero


Bad guys from Assam, India.. 
Bhut Jolokia a.k.a Ghost Chilli 


Bhut Jolokia / Bih Jolokia / Naga Jolokia


 Baby Moruga Scorpion (The World's Hottest Pepper)
6 benih disemai dengan peat moss, 2 (kanan atas/bawah) menggunakan
 tanah campuran (tanah kebun & tanah organik).


 Trinidad Scorpion dengan tanah campuran.


 Tanaman dalam 'raised bed'. Dari kiri, original Moruga Scorpion (sedang berbunga),
Trinidad Scorpion (sudah berbuah, belum matang), Trinidad 7 Pot (pokok paling besar, ada buah yang dah mula matang) dan Habanero (paling kanan)


 Trinidad 7 Pot dalam bekas 6 gelen.


Trinidad Scorpion


 Moruga Scorpion dalam bekas 6 gelen. Dalam proses pemulihan
akibat serangan kutu thrips. Pucuk baharu sudah mula keluar dengan sempurna.


 Moruga Scorpion dalam 'raised bed'


 Trinidad 7 Pot mendominasi keseluruhan ruang 'raised bed'.


Hasil tuaian hari ini 10 November 2013.
Lebih 200 biji habanero yang telah matang daripada 2 pokok 'otai'
 yang telah diPruned 2 bulan lepas. Masih banyak lagi buah
yang belum dipetik di pokok tersebut kerana belum matang.


 Perangkap lalat buah. Memang tidak terkira banyaknya lalat buah yang masuk
ke dalam perangkap dalam masa seminggu sahaja.

Thursday, 15 August 2013

Mengasingkan Biji Benih

Trinidad Scorpion akan menjadi 'mangsa pembedahan' untuk mengeluarkan biji benih.

Proses 'pembedahan' dijalankan dengan cermat dan teliti terhadap lebih 20 biji cili Trinidad Scorpion. Walaupun mengenakan sarung tangan plastik sebagai perlindungan, haba daripada cili tersebut tetap menembusi sarung tangan sehingga ke kulit. Akibatnya, sehari semalaman tangan berasa pijar.

Setelah selesai proses pengasingan, semua biji benih dibalut dengan kertas tisu dan dibiarkan semalaman sebelum dijemur sehingga kering.

Biji benih yang siap dikeringkan dan telah ready untuk disemai.

Trinidad Scorpion Butch T


Ini merupakan baka baru yang telah saya dapat. Cili ini berkali ganda pedasnya berbanding habanero. Ia tergolong dalam keluarga yang sama dengan cili terpedas di dunia Trinidad Moruga Scorpion. Skala kepedasannya melebihi 1 juta scoville heat unit. Sewaktu saya menyemai benih cili ini dahulu, saya menggunakan medium Holland Peat Moss, dalam masa 7 hari sahaja biji benih sudah bercambah.



Perfect 'scorpion stinger tail'. Ia mendapat nama 'scorpion' disebabkan hujungnya yang berbentuk seperti ekor kala jengking. Ia amat berbeza sekali bentuknya berbanding habanero yang bentuknya seperti buah strawberi. Tidak semua buah cili ini mempunyai 'scorpion stinger tail' tetapi tahap kepedasannya tetap sama.