Translate

Thursday, 19 December 2013

Trinidad Moruga Scorpion

Ia merupakan cili TERPEDAS di dunia dengan skala kepedasannya melebihi 2 juta Scoville Heat Unit (SHU). Untuk perbandingan; cili api / cili padi / cili burung yang amat famous di negara kita ini skala kepedasannya hanyalah 50k - 100k SHU sahaja.

Moruga Scorpion yang belum matang sepenuhnya. Ketika matang warnanya oren terang.
(Ini merupakan baka daripada variasi oren)


Pokok ini saya tanam dalam raised bed. Ia rendah dan membentuk kanopi di bahagian atas.


Dahulu ia berjiran dengan Trinidad Scorpion, sekarang saya terpaksa pindahkan
jirannya itu untuk memberi lebih ruang kepada Moruga Scorpion.


Cabang kanan agak kecil sedikit berbanding sebelah kiri.
Pada peringkat ini saya sentiasa alihkan kedudukan pasu agar cabang kanan akan
sentiasa mendapat lebih banyak sinaran matahari supaya ia akan membesar sekata.
Jika tidak dialihkan, hanya satu cabang sahaja yang akan cepat membesar.


Ini satu-satunya pokok Moruga Scorpion yang masih mempunyai 1 batang utama.
 Saya akan 'topping' sebaik sahaja ia mula mengeluarkan bunga.


Pokok ini sudah pulih sepenuhnya daripada kesan serangan hamama.
 Daun baharu kembali normal pada kedua-dua cabang. Anda masih boleh nampak daun lama yang mempunyai kesan kerekot ke bawah. Dahulu ketika ia masih di peringkat pucuk, jika ia tidak dipulihkan, warnanya seakan perak dan keras, lama kelamaan ia pasti akan gugur.


Kelihatan cabang kiri sudah hampir sama ketinggiannya dengan kanan.
Dahulu ia jauh lebih kecil dan rendah berbanding kembarnya.




Thursday, 7 November 2013

Updated Gallery



 Trinidad Scorpion. Gayut jangan tak gayut....


 Trinidad Scorpion. Jangan main - main dengan cili ini.
Pedasnya umpama makan kala jengking hidup-hidup :-)


 Trinidad Scorpion


 Habanero


 Habanero


Bad guys from Assam, India.. 
Bhut Jolokia a.k.a Ghost Chilli 


Bhut Jolokia / Bih Jolokia / Naga Jolokia


 Baby Moruga Scorpion (The World's Hottest Pepper)
6 benih disemai dengan peat moss, 2 (kanan atas/bawah) menggunakan
 tanah campuran (tanah kebun & tanah organik).


 Trinidad Scorpion dengan tanah campuran.


 Tanaman dalam 'raised bed'. Dari kiri, original Moruga Scorpion (sedang berbunga),
Trinidad Scorpion (sudah berbuah, belum matang), Trinidad 7 Pot (pokok paling besar, ada buah yang dah mula matang) dan Habanero (paling kanan)


 Trinidad 7 Pot dalam bekas 6 gelen.


Trinidad Scorpion


 Moruga Scorpion dalam bekas 6 gelen. Dalam proses pemulihan
akibat serangan kutu thrips. Pucuk baharu sudah mula keluar dengan sempurna.


 Moruga Scorpion dalam 'raised bed'


 Trinidad 7 Pot mendominasi keseluruhan ruang 'raised bed'.


Hasil tuaian hari ini 10 November 2013.
Lebih 200 biji habanero yang telah matang daripada 2 pokok 'otai'
 yang telah diPruned 2 bulan lepas. Masih banyak lagi buah
yang belum dipetik di pokok tersebut kerana belum matang.


 Perangkap lalat buah. Memang tidak terkira banyaknya lalat buah yang masuk
ke dalam perangkap dalam masa seminggu sahaja.

Thursday, 15 August 2013

Mengasingkan Biji Benih

Trinidad Scorpion akan menjadi 'mangsa pembedahan' untuk mengeluarkan biji benih.

Proses 'pembedahan' dijalankan dengan cermat dan teliti terhadap lebih 20 biji cili Trinidad Scorpion. Walaupun mengenakan sarung tangan plastik sebagai perlindungan, haba daripada cili tersebut tetap menembusi sarung tangan sehingga ke kulit. Akibatnya, sehari semalaman tangan berasa pijar.

Setelah selesai proses pengasingan, semua biji benih dibalut dengan kertas tisu dan dibiarkan semalaman sebelum dijemur sehingga kering.

Biji benih yang siap dikeringkan dan telah ready untuk disemai.

Trinidad Scorpion Butch T


Ini merupakan baka baru yang telah saya dapat. Cili ini berkali ganda pedasnya berbanding habanero. Ia tergolong dalam keluarga yang sama dengan cili terpedas di dunia Trinidad Moruga Scorpion. Skala kepedasannya melebihi 1 juta scoville heat unit. Sewaktu saya menyemai benih cili ini dahulu, saya menggunakan medium Holland Peat Moss, dalam masa 7 hari sahaja biji benih sudah bercambah.



Perfect 'scorpion stinger tail'. Ia mendapat nama 'scorpion' disebabkan hujungnya yang berbentuk seperti ekor kala jengking. Ia amat berbeza sekali bentuknya berbanding habanero yang bentuknya seperti buah strawberi. Tidak semua buah cili ini mempunyai 'scorpion stinger tail' tetapi tahap kepedasannya tetap sama.






Update cubaan kedua

Sudah terlalu lama saya tidak update blog ini kerana terdapat sedikit masalah teknikal dengan akaun blogger. Ok, cubaan kedua saya segalaya berjalan dengan baik. Pokok-pokok habanero sebenarnya sudah tidak putus-putus mengeluarkan hasil sejak bulan Jun yang lalu. Kesimpulannya ia mengambil masa lebih kurang 4-5 bulan dari mula ia disemai sehingga matang sepenuhnya.




 (Gambar atas dan bawah) Pokok ini hanya setinggi 1.5 kaki kerana saya telah mengenakan 'pruning' dan 'topping' berulang kali. Hasilnya memang menggalakkan.





 (gambar atas dan bawah) 2 pokok lama. Setelah 3 musim ia mengeluarkan hasil, dahan-dahan terpaksa dicantas (pruning) untuk hasil yang lebih banyak untuk musim seterusnya