Translate

Thursday, 19 December 2013

Trinidad Moruga Scorpion

Ia merupakan cili TERPEDAS di dunia dengan skala kepedasannya melebihi 2 juta Scoville Heat Unit (SHU). Untuk perbandingan; cili api / cili padi / cili burung yang amat famous di negara kita ini skala kepedasannya hanyalah 50k - 100k SHU sahaja.

Moruga Scorpion yang belum matang sepenuhnya. Ketika matang warnanya oren terang.
(Ini merupakan baka daripada variasi oren)


Pokok ini saya tanam dalam raised bed. Ia rendah dan membentuk kanopi di bahagian atas.


Dahulu ia berjiran dengan Trinidad Scorpion, sekarang saya terpaksa pindahkan
jirannya itu untuk memberi lebih ruang kepada Moruga Scorpion.


Cabang kanan agak kecil sedikit berbanding sebelah kiri.
Pada peringkat ini saya sentiasa alihkan kedudukan pasu agar cabang kanan akan
sentiasa mendapat lebih banyak sinaran matahari supaya ia akan membesar sekata.
Jika tidak dialihkan, hanya satu cabang sahaja yang akan cepat membesar.


Ini satu-satunya pokok Moruga Scorpion yang masih mempunyai 1 batang utama.
 Saya akan 'topping' sebaik sahaja ia mula mengeluarkan bunga.


Pokok ini sudah pulih sepenuhnya daripada kesan serangan hamama.
 Daun baharu kembali normal pada kedua-dua cabang. Anda masih boleh nampak daun lama yang mempunyai kesan kerekot ke bawah. Dahulu ketika ia masih di peringkat pucuk, jika ia tidak dipulihkan, warnanya seakan perak dan keras, lama kelamaan ia pasti akan gugur.


Kelihatan cabang kiri sudah hampir sama ketinggiannya dengan kanan.
Dahulu ia jauh lebih kecil dan rendah berbanding kembarnya.